Keluarga menghadiri pengebumian salah seorang pesakit yang maut akibat wabak Covid-19 di Seriate, Itali pada 28 Mac 2020. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

Covid-19: Korban seluruh dunia kini lebih 250,000, AS paling teruk

ANKARA, 6 MEI: Korban COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 250,000 pada Isnin, menurut Johns Hopkins University yang berpusat di Amerika Syarikat (AS).

Agensi berita Anadolu dalam satu laporan pada Rabu mengatakan sebanyak 250,134 kematian dicatatkan sementara jumlah kes dan pemulihan masing-masing 3,562,919 dan 1,144,454.

AS masih negara paling teruk dilanda wabak global itu dengan lebih 1.1 juta kes dan lebih 68,300 kematian.

Itali mempunyai angka korban kedua tertinggi dengan 29,079 diikuti United Kingdom 28,809.

Sejak minggu lalu, tiada kematian dilaporkan di China dan jumlah korban kekal seramai 4,637 orang.

Secara keseluruhan, virus itu telah merebak ke 187 negara sejak pertama kali muncul di China pada Disember.

– BERNAMA


Pengarang :