MPSJ terima sumbangan daripada beberapa syarikat korporat bagi diagihkan kepada petugas barisan hadapan mencegah Covid-19 pada 7 Mei 2020. Foto ihsan MPSJ
PBTSELANGOR

Covid-19: MPSJ terima sumbangan syarikat korporat

SHAH ALAM, 7 MEI: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menerima peralatan perlindungan diri (PPE) sumbangan syarikat LYL Group dan CCCC George Kent JV bagi kegunaan petugas barisan hadapan membendung Covid-19

Tan Sri Lim Yew Loon mewakili LYL Group menyerahkan pelindung dan pelitup muka serta penyukat suhu badan manakala CCCC George Kent JV menyumbangkan pelitup muka kepada Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan.

Sunway Group Berhad yang diwakili Bernard Paul pula memberi peruntukan RM10,000 kepada MPSJ bagi melaksanakan kerja membasmi kuman di kawasan perumahan kos rendah.

Majlis serahan berlangsung di ibu pejabat MPSJ dan turut dihadiri Ahli Dewan Negeri Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze serta Timbalan Yang Dipertuanya, Mohd Zulkurnain Che Ali.


Pengarang :