Kakitangan pusat kesihatan daerah membuat saringan ke atas peniaga dan penguat kuasa yang disyaki menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19 di dua pasar di Petaling Jaya. Foto Facebook MBPJ
AGENDANASIONAL

Covid-19: Petaling kembali zon merah, Pulau Pinang bebas kes aktif

SHAH ALAM, 5 MEI: Daerah Petaling kembali menjadi zon merah Covid-19 susulan pertambahan 13 kes setakat jam 12 tengah hari semalam.

Ini menyebabkan zon merah mengikut kes aktif di seluruh negara kembali kepada 10, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kelmarin, Petaling menjadi zon kuning selepas hanya mencatatkan 38 kes aktif.

Sementara itu, Pulau Pinang kini bebas kes aktif Covid-19, menjadikan lima negeri tanpa kes aktif termasuk Perlis, Kedah, Kelantan dan Perak.

Pada masa sama, berlaku penambahan zon hijau dari 86 kepada 111 daerah.

“Bagi anda yang tidak perlu keluar rumah atau terlibat dalam sektor yang telah beroperasi, teruskan duduk di rumah.

“Jika perlu keluar, amalkan penjarakan sosial, pakai pelitup muka di kawasan awam dan pastikan tangan kerap dibersihkan,” kata KKM di Facebooknya.


Pengarang :