Pasukan petugas kesihatan Selcare menjalankan Saringan Komuniti Covid-19 dari rumah ke rumah di Rantau Panjang, Klang pada 19 April 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
SELANGOR

Covid-19: Sabak Bernam daerah kedua zon hijau

SHAH ALAM, 28 MEI: Sabak Bernam merekodkan sifar kes aktif Covid-19 sekali gus menjadi daerah kedua di Selangor berstatus zon hijau selepas daerah Kuala Langat.

Menurut data Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS) jumlah kes Covid-19 di negeri ini adalah 244 dengan daerah Hulu Langat berstatus zon merah apabila merekodkan 123 kes aktif.

Manakala zon jingga adalah Sepang dan Petaling, masing-masing merekodkan 40 dan 30 kes aktif diikuti zon kuning iaitu Gombak (20), Hulu Selangor (16), Kuala Selangor (10) dan Klang (5).

Zon merah mewakili jumlah positif Covid-19 melebihi 41 kes, zon jingga (21-40 kes), zon kuning (1-20 kes) dan zon hijau tiada kes.

Sebanyak dua kes baharu Covid-19 direkodkan di Selangor hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,845 kes.

Malaysia merekodkan 10 kes baharu Covid-19 hari ini iaitu terendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu.


Pengarang :