Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memakai samping songket dan tanjak serta lengkap dengan alat perlindungan diri (PPE) ketika bertugas pada hari pertama Aidilfitri, membawa keluar beberapa individu yang dipercayai positif Covid-19 pada 24 MEI 2020. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

Covid-19: Selangor catat 53 kes baharu, WP Kuala Lumpur tertinggi

SHAH ALAM, 25 MEI: Selangor mencatatkan 53 kes baharu Covid-19 hari ini daripada jumlah keseluruhan 172 kes seluruh negara.

Jumlah itu membabitkan tiga kes import sekaligus menyaksikan jumlah kes keseluruhan setakat ini adalah 1,829 kes.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan angka tertinggi kes baharu hari ini dengan 115 kes dan dua daripadanya kes import menjadikan keseluruhan 1,807 kes manakala empat lagi kes baharu dicatatkan di Sarawak

Tiada sebarang kes baharu dicatatkan di empat negeri sebelah utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak dan rekod sama turut diikuti Kelantan, Terengganu serta Pahang.

Perkara sama turut dicatatkan di Sabah, Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Secara keseluruhan terdapat 7,417 kes direkodkan di seluruh Malaysia dengan 34 individu dibenarkan pulang selain kekal 115 kematian sehingga jam 12 tengah hari tadi.


Pengarang :