Selangorkini
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 25 MEI 2020. FOTO: BERNAMA
AGENDA NASIONAL

Covid-19: Seorang staf pentadbiran depoh tahanan Imigresen positif

SHAH ALAM, 25 MEI: Seorang warga tempatan yang juga staf pentadbiran di depoh tahanan Imigresen disahkan positif Covid-19, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan pengesanan kontak rapat sedang dijalankan.

“Punca jangkitan sama ada dari Orang Kena Tahan (OKT) atau jangkitan dalam komuniti masih dalam siasatan,” tulis beliau menerusi Twitter pada malam ini.

Sumber: Twitter Dr Noor Hisham Abdullah

Sebelum ini, Dr Noor Hisham pada sidang media berkata daripada 172 kes baharu Covid-19 pada hari ini sebanyak lima kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Katanya, daripada 167 kes penularan tempatan, 159 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 112 kes dikesan di tiga Depot Tahanan Imigresen (DTI).


Pengarang :