Petugas Kementerian Kesihatan melakukan pemeriksaan bagi memastikan setiap penghuni menjalani saringan Covid-19 di kawasan kawalan secara pentadbiran di sekitar Pudu ketika tinjauan pada 15 Mei 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19 tidak kenal sempadan, etnik, status sosial – kp kesihatan

SHAH ALAM 24 MEI: Pandangan negatif terhadap tahanan warga asing dalam membendung Covid-19 tidak boleh menjadi pemangkin diskriminasi dalam hal menyelamatkan nyawa.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pendekatan seluruh kerajaan dan masyarakat mesti serasi bagi melawan Covid-19.

“Virus tidak kenal sempadan dan tidak memilih etnik dan status sosial,” kata ketua pengarah kesihatan di Facebook hari ini.

Beliau membuat gesaan itu selepas wabak itu dikesan di pusat tahanan imigresen, melibatkan warga asing.

“Asingkan dan rawat kes positif dengan segera. Kuarantin kontak rapat dan nyahjangkit pusat masing-masing,” katanya.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan mengesan satu kluster baharu Covid-19 dengan enam kes di Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Sepang, Selangor, iaitu kluster ketiga melibatkan DTI.

Semalam, Dr Noor Hisham berkata KKM mengesan kewujudan satu kluster membabitkan warga asing di DTI di Semenyih, Selangor dengan 21 daripada 1,752 sampel yang diambil disahkan positif Covid-19.

Terdahulu, 60 kes Covid-19 dikesan di DTI Bukit Jalil.


Pengarang :