Selangorkini
Kakitangan DBKL membersihkan kawasan Pasar Raja Bot berikutan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal penularan Covid-19 pada 1 April 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDA NASIONAL

DBKL terus kawal, bersihkan pasar borong

KUALA LUMPUR, 27 MEI: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meneruskan kawalan di sekeliling kawasan tembok Pasar Borong Kuala Lumpur bagi memastikan tiada warga asing yang menggunakan tembok itu sebagai laluan masuk pasar.

DBKL dalam satu kenyataan hari ini menyatakan rondaan dan pemantauan juga dilaksanakan bagi menjaga harta benda di sekitar lokasi, selain memastikan pemilik, pembantu dan pengunjung mematuhi langkah keselamatan, jarak sosial dan kebersihan.

Selain itu, kawalan kenderaan yang memasuki pasar borong itu juga diteruskan dengan saringan suhu di laluan masuk.

Sejumlah 1,395 kenderaan melibatkan lori, kenderaan persendirian, motor dan teksi telah diperiksa pada hari ini dan seramai 1,530 orang telah menjalani saringan kesihatan sewaktu pemeriksaan itu.

Sementara itu, DBKL dengan kerjasama Alam Flora telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan secara menyeluruh di Pasar Raja Bot, di sini sejak 18 Mei lalu sehingga hari ini.

-BERNAMA


Pengarang :