Haniza Talha menyerahkan biskut raya kepada Pengurus Kanan Operasi CCSB, Mohd Zulkifli Ismail dan Ketua Pengarang Kumpulan Media Selangor, Fathi Aris Omar di Pejabat Media Selangor, Shah Alam pada 13 Mei 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

EXCO sumbang kuih raya kepada Media Selangor

SHAH ALAM, 13 MEI: EXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar, Haniza Talha hari ini menyampaikan sumbangan biskut raya kepada Media Selangor sempena Aidilfitri.

Haniza berkata sumbangan itu sebagai menghargai peranan kakitangan kumpulan media berkenaan dalam menyampaikan maklumat berkaitan dasar dan aktiviti Kerajaan Negeri sehingga mendapat perhatian ramai.

“Peranan Media Selangor sangat penting kerana ia memberi gambaran keadaan di negeri ini dan apa yang telah kita lakukan,” katanya selepas menyampaikan sumbangan di pejabat Media Selangor di sini hari ini.

Sumbangan diterima Pengurus Kanan Operasi Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB), Mohd Zulkifli Ismail. Turut hadir, Ketua Pengarang Kumpulan Media Selangor, Fathi Aris Omar.

Media Selangor menerbitkan akhbar SelangorKini secara mingguan selain paparan berita menerusi portal dan TVSelangor.


Pengarang :