Nge Sze Han mengagihkan makanan yang ditempah daripada peniaga kecil kepada penduduk DUN Kinrara pada 13 Mei 2020. Foto Ng Sze Han
EXCOSELANGOR

EXCO tempah makanan bantu peniaga tambah duit poket

SHAH ALAM, 14 MEI: Bagi membantu peniaga kecil menambah pendapatan, EXCO Selangor membuat tempahan makanan dan diagihkan kepada penduduk yang memerlukan terutama bagi mereka yang mahu berbuka puasa.

Ng Sze Han, EXCO kerajaan tempatan itu berkata, langkah menerusi Program Jemput Makan pada 12 hingga 22 Mei ini dilihat sangat membantu peniaga menambah duit poket sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Setiap hari saya tempah dan edar kira-kira 300 makanan kepada semua kaum terutama bagi mereka yang  berbuka puasa.

“Tempahan makanan pula dibuat dalam kalangan kira-kira 20 peniaga kecil tempatan yang berlainan pada setiap hari,” kata beliau kepada SelangorKini.

Sze Han berkata, agihan makanan juga diberikan kepada penduduk berlainan di sekitar Dewan Undangan Negeri Kinrara.


Pengarang :