Pegawai penguat kuasa KPDNHEP cawangan Kajang memeriksa premis perniagaan yang beroperasi termasuk barangan keperluan asas pada 15 Mei 2020. – Foto KPDNHEP Selangor
AGENSISELANGOR

Gagal pamer tanda harga, tiga premis dikompaun

SHAH ALAM, 16 MEI: Tiga pemilik premis perniagaan di Ampang masing-masing dikompaun RM1,000 serta-merta kerana gagal mempamer dan menyelengarakan tanda harga terhadap barangan jualan mereka.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehawal Pengguna (KPDNHEP) Selangor memaklumkan tindakan itu diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 susulan pemeriksaan pegawai penguat kuasa pejabat KPDNHEP cawangan Kajang, semalam susulan aduan awam.

Sehubungan itu, kementerian itu mengingatkan peniaga supaya sentiasa mengamalkan etika perniagaan yang baik serta mematuhi peraturan dan undang-undang.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan manakala pengguna perlu merancang perbelanjaan agar tidak melakukan pembelian panik,” katanya menerusi kenyataan.

KPDNHEP Selangor turut memaklumkan pemeriksaan di sekitar Kajang dan Bangi mendapati barangan keperluan asas serta pelitup muka adalah mencukupi.


Pengarang :