Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Gagal patuh SOP, waspada ‘tsunami’ baharu Covid-19 – Dr Noor Hisham

SHAH ALAM, 27 MEI: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi amaran Malaysia akan berdepan ‘tsunami’ baharu Covid-19 jika masyarakat gagal mematuhi tatacara operasi piawai (SOP), kata ketua pengarahnya.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata banyak negara mengalami peningkatan mendadak kes apabila kerajaan terlalu cepat melonggarkan sekatan bagi mengekang wabak itu.

“Jumlah kes Covid-19 di Malaysia merangkumi 0.4 peratus daripada 5,559,130 kes dicatatkan di seluruh dunia, jadi angka tersebut dilihat semakin serius dan masih jauh untuk berakhir.

“Walaupun kes baharu dilihat berkurangan hari ini tetapi kita perlu berwaspada dengan kemungkinan tsunami baharu Covid-19,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Kes baharu wabak itu di negara ini kembali menunjukkan penurunan apabila 15 kes positif direkodkan hari ini, dengan 10 daripadanya melibatkan kes import dan warga asing.

Semalam dan kelmarin, Malaysia mencatatkan tiga angka kes Covid-19 dua hari berturut-turut iaitu 172 dan 187 kes. Hampir keseluruhan kes tersebut melibatkan warga asing di depoh tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, DTI Semenyih dan DTI Sepang.


Pengarang :