AGENSISELANGOR

Gangguan bekalan air di Hulu Selangor pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 30 MEI: Gangguan bekalan air tidak berjadual di Hulu Selangor ekoran henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selisek pulih sepenuhnya hari ini, kata ketua komunikasi korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Elina Baseri berkata pihaknya berterima kasih kepada pengguna atas kerjasama diberikan kepada petugas Air Selangor di sepanjang misi bantuan dijalankan.

“Gunakan air secara berhemat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ini,” katanya.

Air Selangor menyarankan pengguna untuk memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk maklumat terkini bekalan air.

Bagi pertanyaan dan bantuan, pengguna juga boleh merujuk Facebook, Twitter dan Instagram Air Selangor atau layari laman sesawang www.airselangor.com

Pada 27 Mei lalu, sebuah lori tangki diesel dan van keselamatan terlibat dalam nahas di Kilometer 389.5 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) berhampiran Behrang menyebabkan tumpahan diesel mengalir ke Sungai Siah.

Jaluran Sungai Siah masuk ke Sungai Bernam yang menjadi sumber bekalan kepada LRA Sungai Selisek.


Pengarang :