Kelihatan orang awam mengambil barang yang dipesan dengan pelbagai cara ketika tinjauan di sekitar Bandar Baru Selayang yang merupakan antara kawasan yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 25 April sehingga 3 Mei ini. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

Hampir 100 peratus penduduk Selayang Baru patuh perintah kawalan

KUALA LUMPUR, 2 MEI: Kadar pematuhan penduduk di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Selayang Baru berada pada tahap hampir 100 peratus sejak dilaksanakan pada 25 April lepas.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Polis Arifai Tarawe berkata setakat ini, pihaknya hanya menerima satu laporan berhubung dua lelaki warga Myanmar yang cuba meloloskan diri dari kawasan PKPD itu.

“Sehingga hari ini, kita berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan penduduk dalam pelaksanaan PKPD di kawasan ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di sini hari ini.

Beliau berkata meskipun perintah itu akan berakhir esok, kawalan keselamatan di kawasan itu akan terus ditingkatkan, dan selain rondaan biasa, polis juga menggunakan khidmat dron dan Unit Anjing Pengesan (K9) bagi mengesan sebarang aktiviti jenayah.

Sementara itu, tinjauan Bernama di sekitar Selayang Baru mendapati kawasan itu masih lengang dan hanya kenderaan pihak berkuasa dibenarkan untuk keluar masuk.

– BERNAMA


Pengarang :