Pengunjung pasar raya Giant di Seksyen 7, Shah Alam menjalani pemeriksaan suhu badan dan mematuhi jarak sosial sebelum dibenarkan masuk ke premis itu pada 5 Mei 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Individu tanpa pelitup muka boleh masuk pasar raya

SHAH ALAM, 8 MEI: Pihak pengurusan pasar raya di seluruh negara tidak boleh membuat undang-undang atau peraturan sendiri dengan menghalang pelanggan tanpa memakai pelitup muka memasuki premis perniagaan, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan dan bukan satu kesalahan jika tidak dipakai.

“Saya harap pihak pasar raya tidak buat undang-undang sendiri, kerana ini (tidak pakai pelitup muka) tidak masuk akta, kerajaan hanya menggalakkan untuk pakai bagi jaga keselamatan diri atau mereka yang bergejala.

“Saya cadangkan pasar raya supaya letakkan pelitup muka di luar premis, supaya boleh dijual kepada pelanggan yang mungkin terlupa pakai.. letak dekat luar jual RM1 atau RM1.50, jangan paksa beli sekotak pula,” katanya  pada sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan ada pasar raya yang menguatkuasakan peraturan tidak membenarkan pelanggan masuk ke premis perniagaan jika tidak memakai pelitup muka.


Pengarang :