Sebahagian sumbangan diberikan oleh pelbagai pihak kepada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Foto Facebook JKNS
AGENSISELANGOR

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor hargai sumbangan pelbagai pihak

SHAH ALAM, 8 MEI: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menghargai sumbangan pelbagai pihak kepada petugas barisan hadapan di seluruh fasiliti kesihatan negeri ini sejak penularan Covid-19.

JKNS menerusi Facebook hari ini, mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas sumbangan kurma sebanyak 18,000 kotak.

Selain itu, JKNS turut menghargai pemberian peralatan perlindungan diri (PPE) dan pelitup muka daripada individu, yayasan dan syarikat yang prihatin.

“Sumbangan yang diberikan amat bermakna kepada semua petugas barisan hadapan dalam menangani Covid-19,” tulis JKNS.


Pengarang :