AGENSISELANGOR

Jom sertai Seldec Rider, peluang tambah pendapatan

SHAH ALAM, 31 MEI: Selangor Industrial Corporation mempelawa golongan belia berusia 21 tahun ke atas yang mahu menambah pendapatan menyertai Selangor Digital E-Supply Chain (Seldec) Rider, kata pengurus besar pemasarannya.

Nasaruddin Lope berkata Seldec Rider adalah penunggang motor sambilan berkhidmat menghantar barangan disediakan pihaknya sama ada barang basah atau kering ke rumah pelanggan.

“Setakat ini sambutan diterima amat menggalakan, ramai dalam kalangan belia mahu sertai namun kita akan tapis pada sesi temu duga akan datang,” katanya kepada SelangorKini.

Nasaruddin berkata antara syarat permohonan adalah warganegara Malaysia, sihat tubuh badan, mempunyai lesen memandu sama ada motosikal, kereta, van dan lori, tiada kesalahan jenayah serta mempunyai telefon pintar.

“Kita masih mengalu-alukan orang ramai untuk memohon menjadi sebahagian daripada warga kerja kami sebelum tarikh tutup pada 3 Jun (Rabu) ini,” katanya.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Nasaruddin di talian 016-262 1722 atau muat turun aplikasi Seldec Rider di Google Play Store atau Apps Store.

Difahamkan, ia merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri bakal dilancarkan secara rasmi oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mulai 20 Jun ini.


Pengarang :