Antara ruang untuk pesakit yang disediakan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah di MAEPS pada 3 April 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Katil pusat kuarantin cukup tampung pendatang positif Covid-19

SHAH ALAM,27 MEI: Kapasiti katil di tiga pusat kuarantin yang dijangka menempatkan pendatang asing positif Covid-19 kluster Depoh Tahanan Imigresen (DTI) mencukupi, kata menteri kanan (keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pusat kuarantin berkenaan ialah Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Pusat Kawalan Kusta Negara dan wad bersalin Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Di MAEPS terdapat lebih kurang 600 katil manakala wad bersalin HKL kira-kira 1,430 katil.

“Setakat hari ini, 230 pendatang asing positif Covid-19 kluster DTI sudah dihantar ke MAEPS. Jika ada kenaikan jumlah mereka, katil yang ada mampu menampungnya,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Isnin lalu, Ismail Sabri memaklumkan MAEPS akan digunakan sebagai pusat kuarantin kumpulan berkaitan yang disahkan positif Covid-19 susulan kewujudan kluster di tiga DTI masing-masing di Bukit Jalil, Semenyih dan Sepang.


Pengarang :