Penjawat awam mengimbas kod QR menggunakan sistem SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) ketika berada di Bangunan SUK Shah Alam pada 14 Mei 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kerajaan tak halang negeri bangunkan aplikasi jejak Covid-19

SHAH ALAM,2 8 MEI: Kerajaan tidak menghalang mana-mana negeri membangunkan aplikasi penjejakan kontak Covid-19, kata menteri kanan (keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bagaimanapun pihaknya menggalakkan orang awam memuat naik aplikasi yang disediakan Kerajaan Persekutuan bagi menjejak pandemik itu.

“Kita tak halang negeri yang ada aplikasi sendiri ini. Kerajaan sendiri ada tiga aplikasi kesan kontak Covid-19 iaitu My Sejahtera, MyTrace dan Gerak Malaysia (Gerak). Gerak ini akan digunakan selepas kita dapat kod QR,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Selangor antara negeri yang membangunkan aplikasi sendiri iaitu SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) dan kini semua negeri di Semenanjung turut memanfaatkan penggunaannya.

Pemilik premis hanya perlu mencetak kod QR melalui portal selangkah.mbiselangor.com.my atau selangkah.my dan mempamerkannya manakala pengunjung mengimbas kod itu.

Aplikasi ini juga hanya guna nombor telefon sahaja bagi membuat penjejakan tanpa membocorkan data peribadi individu.


Pengarang :