Suasana di sekitar kawasan perumahan di Bandar Baru Selayang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika tinjauan SelangorKini pada 3 Mei 2020. Foto HAFIZ OTHMAN /SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kes baharu Covid-19 di Selangor naik, namun keadaan terkawal

SHAH ALAM, 9 MEI: Bilangan kes Covid-19 di Selangor hari ini meningkat kepada 10 berbanding enam yang direkodkan semalam.

Mengikut statistik Bilik Gerakan Covid-19 Selangor, sembilan kes dicatatkan di Petaling manakala satu di Gombak.

“Pertambahan itu menjadikan jumlah terkini pesakit Covid-19 ialah 1,596 dengan 206 kes aktif. Seramai 1,328 pesakit pulih dan dibenar keluar hospital manakala jumlah kematian kekal 20 orang,” katanya.

Sementara itu, Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor memaklumkan situasi semasa pandemik di negeri ini masih terkawal.

Katanya, sistem SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) yang dilancarkan Kerajaan Negeri pada 4 Mei lalu menjadi pendekatan untuk mengawal rantaian Covid-19.

“Warga Selangor diminta patuh dengan empat perkara asas ini bagi menjalankan sebarang urusan iaitu penjarakan sosial, menjaga kebersihan diri, memakai pelitup muka dan menggunakan SELangkah ketika masuk ke premis,” tulisnya di Facebook.


Pengarang :