Suasana ketika Saringan Komuniti Covid-19 secara pandu lalu inisiatif Kerajaan Negeri bersama Klinik Selcare dan dipantau oleh Pejabat Kesihatan Daerah di Seksyen 7, Shah Alam pada 18 April 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kes baharu wabak catat tiga digit, tiada kematian

SHAH ALAM, 2 MEI: Kes baharu Covid-19 melonjak kepada 105 hari ini dengan 11 daripadanya membabitkan kes import, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata keseluruhannya Malaysia mencatatkan 6,176 kes dengan 4,326 daripadanya (70 peratus) pulih dan dibenarkan keluar wad.

“Hari ini sebanyak 116 kes lagi pulih manakala 1,747 kes aktif dan mereka diasingkan untuk diberi rawatan.

“Sebanyak 31 kes dirawat di unit rawatan rapi dan daripada jumlah tersebut, 12 memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Dr Noor Hisham berkata tiada kematian dicatatkan hari ini dan jumlah mangsa korban kekal 103 kes.


Pengarang :