Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di KKM, Putrajaya pada 6 April 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kes Covid-19 kekal dua digit, warga asing paling ramai dijangkiti

SHAH ALAM, 15 MEI: Sebanyak 36 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dengan 28 daripadanya membabitkan warga asing, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah keseluruhan wabak mencecah 6,855 kes dan 1,304 daripadanya adalah aktif dengan kebolehjangkitan.

“Setakat jam 12 tengah hari tadi, 88 kes disahkan pulih dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan sembuh 5,439 kes atau 79.3 peratus.

“Seramai 14 pesakit dirawat di unit rawatan rapi dan lima daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau memaklumkan tiada kematian baharu hari ini dan jumlah yang maut kekal 112 orang.


Pengarang :