Jururawat memakai sut perlindungan diri memeriksa pesakit Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur pada 21 April 2020. Foto REUTERS
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kes Covid-19 kembali dua digit, tiada kematian baharu

SHAH ALAM, 4 MEI: Jumlah kes baharu Covid-19 di negara ini turun semula kepada dua digit iaitu 55 kes, selepas dua hari berturut-turut mencatatkan tiga digit.

Semalam, Malaysia mencatatkan 122 kes Covid-19 manakala kelmarin sebanyak 105 kes. Jumlah kes keseluruhan ialah 6,353.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 55 kes baharu yang
dilaporkan hari ini, tujuh daripadanya adalah kes import.

“Ini bermakna kes penularan tempatan adalah sebanyak 48 kes, dengan 24 kes dikesan dari kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.

“Sehingga kini, sebanyak 28 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi. Daripada jumlah tersebut, 13 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 71 kes lagi pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan jumlah pesakit pulih banyak 4,484 kes (70.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Beliau turut memaklumkan tiada kematian dilaporkan hari ini, justeru jumlah kematian akibat wabak tersebut kekal 105 orang (1.65 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).


Pengarang :