Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Foto SUMBER KKM
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kes positif Covid-19 meningkat, majoriti pendatang asing

SHAH ALAM, 26 MEI: Kes positif baharu Covid-19 terus meningkat dengan majoriti melibatkan pendatang asing tanpa izin (Pati) di depot tahanan Imigresen dengan 155 kes daripada 177 kes penularan tempatan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia sebahagian daripada jumlah keseluruhan 187 kes dengan selebihnya iaitu 10 kes import daripada jangkitan di luar negara melibat tujuh rakyat tempatan manakala tiga pemastautin tetap.

Beliau berkata kes lain dikesan pula adalah 13 kes daripada kluster pengawal keselamatan Cheras serta kes rakyat tempatan pula hanya empat kes.

“Sehingga kini jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia mencecah 7,604, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 1,448.

“Dimaklumkan, seramai 62 pesakit pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital sekali gus menjadikan jumlah pesakit sembuh adalah 6,041,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Noor Hisham berkata tiada kes kematian dilaporkan dengan jumlah kematian kekal 115 kes, sementara terdapat lapan kes positif dirawat di unit rawatan rapi manakala lima memerlukan bantuan pernafasan.


Pengarang :