Jabatan Kesihatan melakukan ujian saringan Covid-19 terhadap pekerja asing di Padang Polo, Kuala Lumpur bagi mengawal penularan Covid-19 pada 14 Mei 2020. Foto BERNAMA
AGENDA NASIONAL

KKM kesan kontak ibu positif Covid-19 dari Ampang ke Kuala Krai

SHAH ALAM, 22 MEI: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengesan kontak rapat wanita hamil yang dijangkiti Covid-19 semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

“Kita sedang mengesan kontak rapat ini sama ada di Ampang, Selangor atau pun sepanjang destinasi sebelum dia tiba di Kuala Krai, Kelantan,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, semalam.

Jelasnya, ahli keluarga wanita berkenaan sudah disaring dan 20 daripadanya didapati negatif sementara 10 masih lagi menunggu keputusan ujian.

Seorang wanita hamil dilaporkan positif Covid-19 di Kuala Krai melakukan perjalanan rentas negeri dari Ampang yang berada dalam kategori zon merah.

Semalam 50 kes baharu Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 7,059 manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 50 kes baharu, tiga adalah kes import manakala 47 adalah penularan tempatan.


Pengarang :