Pesara, Abdul Hai Ismail Pakir Muhiddin Shah, 75, (dua, kiri) dan isteri Endot Hairudin, 72, (kiri) menyambut ketibaan sanak-saudara sempena Aidilfitri yang disambut dalam norma baharu pada 24 Mei 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

KKM: Patuhi SOP, perangi Covid-19 semasa Aidilfitri

SHAH ALAM, 24 MEI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berharap masyarakat dapat memainkan peranan lebih besar untuk memerangi Covid-19 dengan mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) sempena sambutan Aidilfitri.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata petugas hadapan masih berjuang memerangi wabak ini walaupun pada cuti hari raya.

“Dalam doa, takafur, ingatan dan rintihan hati mereka petugas hadapan sangat berharap agar seluruh rakyat Malaysia memainkan tanggungjawab sosial dan kawalan kendiri bagi memastikan SOP dapat dipatuhi dalam tempoh perayaan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berharap dengan normal baharu sambutan hari raya kali ini dapat membendung penularan wabak yang dianggap musuh tidak kelihatan.


Pengarang :