Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media di Putrajaya.
AGENDANASIONAL

Kluster Kampung Sungai Lui catat 11 kes baharu Covid-19

SHAH ALAM, 22 MEI: Terdapat 11 kes baharu positif Covid-19 dikesan berlaku bagi kluster Kampung Sungai Lui Hulu Langat sehingga tengah hari ini, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadikan jumlah keseluruhan kepada 198 kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 40.

“Selain itu, kluster Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil mencatatkan kes baharu tertinggi iaitu 25 dengan jumlah aktif 60 kes.

“Sementara kluster Pesantren merekodkan enam kes baharu manakala Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pudu masing-masing dengan satu kes,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.


Pengarang :