Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia bersama anggota polis membuat pemeriksaan di kediaman Penguhuni Wisma Hock Ann bagi mencegah wabak penularan Covid-19 pada 9 Mei 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kluster Pedas bertambah 28 kes lagi

SHAH ALAM, 9 MEI: Sebanyak 28 kes baharu Covid-19 lagi dikesan melalui kluster Pedas, Negeri Sembilan menjadikan keseluruhan kes 88 setakat ini, kata ketua pengarah kesihatan.

“Sebanyak 81 kes membabitkan warga asing iaitu 33 dari Nepal, Bangladesh (26) dan Indonesia serta Myanmar masing-masing 11,” kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan 60 individu dijangkiti Covid-19 di Pedas membabitkan pekerja sebuah kilang di mukim tersebut yang dikesan sejak 2 Mei lalu.

Pekerja tersebut mengalami gejala demam, batuk, selesema, sesak nafas dan sakit kepala pada 5 April.


Pengarang :