Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan pada 28 April 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kongsi makna S.O.P, KKM nasihat semua patuh

SHAH ALAM, 4 MEI: Kementerian Kesihatan (KKM) berkongsi makna S.O.P yang perlu dipatuhi pengusaha, peniaga dan majikan ketika beroperasi dengan tatacara operasi piawai ditetapkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula hari ini, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata S.O.P dimaksudkan adalah S iaitu syarat-syarat yang ditetapkan, O (orang yang berisiko tinggi) dan P (penjarakan sosial).

“Dalam pada peniaga, pengusaha dan majikan perlu mematuhi SOP, rakyat di negeri atau Wilayah menjalani PKPB pula diseru akur S.O.P. iaitu mengikut syarat, orang berisiko tinggi seperti kanak-kanak atau warga emas perlu segera jalani pemeriksaan kesihatan dan amalkan jarak sosial satu meter,” katanya pada sidang media harian mengenai Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata selagi rakyat Malaysia patuh dengan S.O.P dan amalkan norma baharu dalam kehidupan seharian, rantaian penularan jangkitan Covid-19 dapat diputuskan.


Pengarang :