Sekatan jalan raya oleh anggota polis bersama pasukan Rela di Seksyen 24, Shah Alam pada 16 April 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Lebih 1,400 PATI cuba masuk ikut ‘lorong tikus’ ditahan

SHAH ALAM, 16 MEI: Pasukan keselamatan menahan 1,408 pendatang asing tanpa izin (PATI) kerana cuba memasuki negara ini melalui ‘lorong tikus’ di darat dan perairan sepanjang bulan ini.

Menteri Kanan (kluster keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihak berkuasa juga menahan 14 tekong yang dikenal pasti bertanggungjawab membawa masuk PATI.

“Kerajaan terus memantau dan mengetatkan kawalan sempadan darat dan laut bagi menyekat kemasukan PATI, seterusnya memastikan kedaulatan negara terus terpelihara,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri menasihati agensi pelancongan dan pelanggan berbincang berhubung pemulangan wang dibayar bagi pakej pelancongan yang dibatalkan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ia antara pelancong dan ejen pelancongan, kerajaan tidak ada kena mengena, sepatutnya pulangkan wang tersebut kerana pakej pelancongan bukan dibatalkan atas kehendak pelanggan.

“Kalau tak pulang duit, mungkin pakej itu boleh boleh ditangguhkan pada masa akan datang, jadi kedua-dua pihak tak rugi,” katanya.


Pengarang :