Ketua Operasi Agihan LZS Sabak Bernam, Azizul Fitry Salam menyerahkan replika kunci kepada salah seorang asnaf yang menerima sumbangan rumah baharu pada 7 Mei 2020. Foto ihsan Facebook LZS
AGENSISELANGOR

Lima keluarga dapat rumah baharu menjelang Aidilfitri

SHAH ALAM, 9 MEI: Lima keluarga di Sabak Bernam boleh meraikan Aidilfitri dengan lebih meriah tahun ini apabila menerima rumah sumbangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) semalam.

LZS dalam hantaran di Facebook memaklumkan sebanyak RM400,000 diperuntukkan bagi membina rumah baharu kepada asnaf fakir miskin di daerah berkenaan.

“Dengan bantuan rumah baru ini, keluarga asnaf tersebut dapat menikmati keselesaan tempat berlindung dan berteduh lebih-lebih lagi dalam suasana Ramadan serta Syawal bakal menjelma.

“Semoga bantuan ini dapat dimanfaat dengan sebaiknya dan meningkatkan lagi rasa syukur serta ketaqwaan kepada Allah SWT,” kata agensi itu.

Penyerahan kunci rumah baharu disempurnakan ketua operasi agihan LZS Sabak Bernam, Azizul Fitry Salam.


Pengarang :