Pasukan Petugas Kesihatan Selcare menjalankan Saringan Komuniti Covid-19 dari rumah ke rumah di Rantau Panjang, Klang pada 19 April 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Lima kes baharu Covid-19 di Selangor, kes makin turun

SHAH ALAM, 27 MEI: Selangor merekodkan lima kes positif baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah terkumpul 1,843 kes, kata Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 (STFC).

“Corak kes baharu berbanding semalam menurun. Amalkan penjarakan sosial, jaga kebersihan diri, pakai pelitup muka. Vaksin masih tiada, ini benteng terbaik kita,” kata STFC menerusi Twitter.

Semalam, Selangor mencatat sembilan kes positif baharu selepas empat hari berturut-turut berlaku dengan dua angka.

Hari ini Malaysia merekodkan 15 kes yang sama dengan 10 daripadanya adalah kes import dan warga asing. Hampir keseluruhan kes tersebut melibatkan warga asing di depoh tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, DTI Semenyih dan DTI Sepang.


Pengarang :