Selangorkini
AGENSI SELANGOR

LZS buka enam cawangan mudah bayar zakat, agihan

SHAH ALAM, 2 MEI: Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan membuka enam cawangannya bermula 5 hingga 22 Mei bagi urusan bayaran zakat, kata ketua pegawai eksekutifnya.

Cawangan tersebut ialah Presint Alami Shah Alam, Masjid Mujahidin Damansara, Seksyen 14 Petaling Jaya, Bandar Baru Bangi, Taman Melawati dan Ampang yang dibuka dari 9 pagi hingga 3 petang.

“LZS tetap mengamalkan tatacara operasi piawai ditetapkan kerajaan ketika berurusan di cawangan. Bagaimanapun, masyarakat amat digalakkan membayar secara dalam talian susulan penularan Covid-19,” kata Saipolyazan M. Yusop kepada SelangorKini hari ini.

Beliau berkata ketika ini kaedah bayaran zakat fitrah melalui penolong amil sudah dijalankan secara berjarak dan tidak bersalaman di 431 masjid dan surau seluruh negeri.

Tahun ini, kadar zakat fitrah di Selangor kekal RM7, RM14, RM21 seorang mengikut beras yang dimakan selaras kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri.


Pengarang :