AGENSISELANGOR

LZS peruntuk RM27.6 juta bantu 60,312 asnaf

SHAH ALAM, 9 MEI: Sebanyak RM27.6 juta disediakan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi bantuan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri kepada 60,312 golongan asnaf di negeri ini, kata ketua pegawai eksekutifnya.

Saipolyazan M Yusop berkata agihan itu melibatkan 14,922 keluarga fakir; 41,240 keluarga miskin dan 4,150 mualaf.

Beliau berkata bayaran mula dimasukkan ke akaun penerima berperingkat sejak 5 hingga 7 Mei lalu.

“Manakala, bayaran tunai (mereka yang tiada akaun bank/ warga emas/ individu sakit terlantar) kita juga sudah serahkan berperingkat kepada penerima sejak 5 hingga 15 Mei ini.

“Setiap penerima mendapat bantuan antara RM300 hingga RM1,000 bergantung kepada jumlah tanggungan,” katanya kepada SelangorKini.

Menerusi agihan itu daerah Klang mencatatkan paling ramai menerima bantuan iaitu 11,571 penerima berjumlah RM5.3 juta.


Pengarang :