AGENSISELANGOR

LZS sumbang 2,000 PPE bantu petugas hadapan kesihatan

SHAH ALAM, 20 MEI: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyumbangkan 2,000 set kelengkapan peralatan perlindungan diri (PPE) kepada Jabatan Kesihatan Negeri bagi membantu petugas barisan hadapan mencegah Covid-19, kata pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Dato’ Mohammed Khusrin Munawi berkata set kelengkapan itu terdiri dari perisai muka, sarung tangan, pakaian khas serta sarung penutup kasut yang dihasilkan dengan kerjasama kakitangan dan pelajar Management and Science University (MSU).

“Usaha ini adalah untuk membantu petugas barisan hadapan dan sumbangan set PPE adalah sebahagian daripada Bantuan Khas Covid-19 diumumkan LZS pada Mac lepas, ia bagi memenuhi keperluan kebajikan dan perubatan susulan Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan wabak,” katanya ketika majlis sumbangan PPE di LZS di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Kesihatan Selangor, Dato’ Indera Dr Sha’ari Ngadiman dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M Yusop.


Pengarang :