Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyumbangkan 195 set makanan kering kepada lima rumah pemulihan al-Riqab sekitar Hulu Selangor pada 12 Mei 2020. Foto Facebook Mais
AGENSISELANGOR

Mais sumbang 195 set makanan ke rumah al-Riqab di Hulu Selangor

SHAH ALAM, 13 MEI: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyumbangkan 195 set makanan kering kepada lima rumah pemulihan al-Riqab di sekitar Hulu Selangor semalam.

Mais dalam kenyataan memaklumkan, rumah terlibat ialah Baitul Islah Bukit Beruntung, Rumah Akhlak Insani, Rumah Teduhan Kasih, Rumah Sinar Kasih dan Rumah Prokim.

“Sumbangan makanan kering tersebut adalah bagi membantu meringankan beban penghuni rumah al-Riqab ketika Ramadan dan Syawal yang bakal tiba,” tulis agensi itu di Facebook.

Nilai keseluruhan sumbangan RM11,700 hasil kerjasama Mais dan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (Teras).

Sumbangan tersebut juga menggunakan peruntukan asnaf riqab yang ditetapkan oleh Lembaga Zakat Selangor.


Pengarang :