Mais menyerahkan sumbangan set makanan kering kepada enam rumah pemulihan al-Riqab sekitar Klang dan Petaling. Foto ihsan Mais
AGENSISELANGOR

Mais sumbang 210 set makanan kepada enam rumah pemulihan al-Riqab

SHAH ALAM, 8 MEI: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyumbangkan 210 set makanan kering kepada enam rumah pemulihan al-Riqab sekitar Klang dan Petaling pada 6 Mei lalu.

Mais menerusi kenyataan memaklumkan rumah-rumah terlibat ialah Rumah Hidayah Insani, Pertubuhan Usrah Fitrah, Rumah Puteri Arafiah, Darul Wardah, Rumah Penjagaan Damai dan Darul Ukhuwah.

Sumbangan menerusi peruntukan asnaf riqab Lembaga Zakat Selangor bernilai RM12,600 bertujuan meringankan beban penghuni semua rumah berkenaan terutama pada bulan Ramadan dan menjelang Syawal.

Penyerahan tersebut dilakukan Ahli Dewan Negeri Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan turut dihadiri Ketua Audit Dalam Mais, Zaharudin Salim serta Pengurus Besar Teras, Hasnul Redza Abdul Rahim.

Zawawi mengucapkan terima kasih kepada pasukan Mais kerana banyak membantu rumah pemulihan al-Riqab yang kurang mendapat bantuan atau terkesan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Difahamkan, Mais akan meneruskan agihan sumbangan ke semua rumah pemulihan al-Riqab di daerah lain di negeri ini pada bulan ini.


Pengarang :