Pengurus Operasi Yide Md Arifin Jaafar (kiri) menyerahkan sumbangan barang keperluan asas dan wang tunai kepada mangsa kebakaran di Jalan SS5A/15 Kelana Jaya pada 15 Mei 2020. Foto Yide
AGENSISELANGOR

Mangsa kebakaran terima bantuan Ad Hoc Yide

SHAH ALAM, 17 MEI: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyumbang barang keperluan asas dan wang tunai kepada sebuah keluarga yang ditimpa musibah kebakaran di Jalan SS5A/15 Kelana Jaya, kata pengurus operasinya.

Md Arifin Jaafar berkata sumbangan kecemasan itu disampaikan Yide pada Jumaat selepas menerima maklumat mengenai kejadian daripada ahli keluarga mangsa.

“Bantuan ini diberikan kepada mangsa bertepatan dengan salah satu fokus utama Yide membantu pihak ditimpa musibah khususnya di Selangor,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, penghuni rumah Razali Abdul Ghani berkata kebakaran yang berlaku dengan pantas mengakibatkan hampir keseluruhan struktur kediamannya hangus terbakar.

Orang ramai boleh berkongsi maklumat sekiranya berlaku musibah di kawasan masing-masing dengan menghubungi talian khidmat pelanggan Yide iaitu 017-7569476.


Pengarang :