Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika sidang media selepas taklimat dan perkongsian e-bazar raya Selangor di Bilik MTES SUK, Shah Alam pada 5 Mei 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: 33,241 guna SELangkah kesan kontak Covid-19

SHAH ALAM, 7 MEI: Seramai 33,241 pengguna direkodkan menggunakan aplikasi SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) semalam, inisiatif dalam talian dibangunkan Kerajaan Selangor bagi mengesan kontak Covid-19.

“Statistik ini dijangka meningkat dengan penglibatan lebih banyak premis perniagaan dan pejabat. Bersama kita perangi Covid-19 menerusi sistem SELangkah,” kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari di Twitternya.

SELangkah diperkenalkan 4 Mei lalu bertujuan mengesan kontak wabak di mana-mana premis perniagaan atau pejabat bagi mencegah penularannya.

Pemilik premis perlu mencetak sendiri kod QR melalui portal selangkah.mbiselangor.com.my atau selangkah.my dan mempamerkannya manakala pengunjung perlu mengimbas kod tersebut.

Semalam, Amirudin  memaklumkan SELangkah akan digunakan di semua premis kerajaan dan swasta berkuat kuasa serta-merta.


Pengarang :