Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika sidang media selepas taklimat dan perkongsian e-bazar raya Selangor di Bilik MTES SUK, Shah Alam pada 5 Mei 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

MB: Selamat Hari Wesak, sesuaikan norma baharu

SHAH ALAM, 6 MEI: Buat pertama kali Hari Wesak tidak dapat disambut di kuil berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai (PKPBD), kata Dato’ Menteri Besar.

Susulan itu, Dato’ Seri Amirudin Shari berharap rakyat menggunakan peluang ini bersama keluarga dan menjaga kesihatan dalam menyesuaikan norma baharu.

“Saya mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha di Selangor Darul Ehsan. Perayaan ini merupakan hari terpenting kerana melambangkan pencerahan atau ‘enlightenment’ serta pemergian Gautama Buddha.

“Kebiasaannya, penganut agama Buddha di negeri Selangor akan mengunjungi kuil Buddha waktu pagi namun disebabkan waktu luar biasa yang sedang kita lalui, aktiviti di rumah ibadat ditangguhkan sehingga penularan Covid-19 dapat dikawal,” katanya dalam perutusan sempena Hari Wesak yang disambut esok.

Dalam perutasan itu, Amirudin turut menegaskan PKPBD dilaksanakan selepas melihat data dan unjuran akan datang berhubung Covid-19.

Beberapa usaha antaranya larangan makan di restoran serta aktiviti sukan dan had waktu operasi kedai makan dan barangan runcit dilakukan sebagai syarat tambahan bagi melindungi nyawa dan memelihara kehidupan.

“Kerajaan Negeri sedang meneliti beberapa usaha penting lain untuk membantu pengusaha industri mikro, kecil dan sederhana agar daya saing ekonomi rakyat di negeri ini terpelihara dan meningkat selepas kita berjaya menghentikan penularan wabak ini,” katanya.

Berikutan penularan Covid-19 di seluruh dunia, Kerajaan Selangor mengumumkan
Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin yang menyeluruh membabitkan belanja berjumlah RM400 juta.


Pengarang :