Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada majlis Penyerahan Sumbangan Al-Quran Wakaf Yayasan Restu kepada petugas barisan hadapan dan Pusat Kuarantin Covid-19 di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar, Seksyen 7 Shah Alam pada 9 Mei 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: Tingkatkan ibadat hari-hari akhir Ramadan

SHAH ALAM, 22 MEI: Dato’ Menteri Besar mengajak semua umat Islam meningkatkan amal ibadat bagi menghidupkan hari-hari akhir Ramadan.

Dato’ Seri Amirudin Shari turut menyeru mendalami pengertian ayat al-Quran serta membawa kejayaan pada Aidilfitri nanti.

“Kejayaan kita adalah mengubah diri jadi manusia dan ahli komuniti lebih baik, elakkan perpecahan serta membawa kemajuan dan kejayaan kepada negeri dan negara,” katanya menerusi video di Facebook Asatizah dalam Program Selangor Bertadabbur hari ini.

Amirudin turut mengingatkan semua kaum dan bangsa supaya mengelakkan isu perkauman, tidak bermusuh selain mengelakkan diri diperguna mana-mana pihak yang mahu mendapat keuntungan peribadi dengan mengapi-apikan permusuhan antara bangsa dan kaum.

“Elakkan diskriminasi antara gender. Dalam hubungan pasangan suami isteri dan keluarga, elakkan keganasan rumah tangga kerana ia bertentangan dengan mesej al-Quran,” katanya.

Sebelum itu, Dato’ Menteri Besar mentadabbur ayat ke-13 surah al-Hujurat berkaitan akhlak dan etika sosial.


Pengarang :