Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari memakai topeng muka ketika mempengerusikan mesyuarat telesidang bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan Ahli Dewan Negeri di Bilik Gerakan Negeri, SUK Shah Alam pada 4 Mei 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

MB: Wajib pakai topeng muka jika berurusan di premis kerajaan

SHAH ALAM, 4 MEI: Kerajaan Negeri mewajibkan orang ramai memakai topeng muka ketika berurusan di premis kerajaan di seluruh Selangor, kata Dato’ Menteri besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pihaknya akan memastikan bekalan alat perlindungan diri mencukupi dan peniaga boleh menyediakannya di bahagian hadapan atau kaunter untuk   kemudahan ramai membeli.

“Pastikan pemakaian topeng muka ini menjadi budaya di kalangan masyarakat terutamanya rakyat Selangor, dengan cara itu kita boleh mengurangkan jangkitan Covid-19,” katanya kepada SelangorKini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan telesidang bersama Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Negeri bermula jam 10 pagi tadi.


Pengarang :