Dato’ Seri Amirudin Shari meluangkan masa melawat Datuk Ismail Kamus yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 5 Mei 2020. Foto Sumber: Twitter Dato’ Seri Amirudin Shari
BERITA UTAMASELANGOR

MB ziarah Ismail Kamus di hospital, doakan cepat sembuh

SHAH ALAM, 5 MEI: Dato’ Menteri Besar meluangkan masa menziarahi pendakwah terkenal Datuk Ismail Kamus yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

“Semoga Allah SWT memberi kesembuhan dan kesihatan buat Ustaz Ismail Kamus. Marilah kita sama-sama mendoakan agar beliau pulih dan sembuh. Insya Allah,” katanya Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Twitter malam ini.

Mengikut Facebook Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia hari ini, Ismail, 72, yang juga pengasas dan penasihat persatuan perubatan tersebut dimasukkan ke wad akibat serangan jantung, strok ringan dan jangkitan kuman di paru-paru pada 26 April lalu.

Beliau pernah menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9 Mei tahun lalu.

Ismail sebelum ini menjadi Ahli Dewan Negeri Gombak Setia bersama PAS selama sepenggal di bawah Barisan Alternatif selepas memenangi kerusi tersebut pada pilihan raya umum ke-10 pada 1999.


Pengarang :