Dato’ Mohd Sayuthi Bakar (dua, kanan) menyerahkan sumbangan kepada Asisten Komisioner Nik Ezamee Mohd Faisal (dua, kiri) disertai Johary Anuar (kiri) dan Sharipah Marhaini Syed Ali. Foto FB MBPJ
PBTSELANGOR

MBPJ hargai petugas hadapan, sumbang makanan

SHAH ALAM, 12 MEI: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menghulurkan sumbangan makanan dan minuman kepada petugas barisan hadapan di daerah Petaling semalam yang berkorban tenaga mencegah penularan wabak Covid-19.

Pihak berkuasa tempatan itu menerusi Facebook memaklumkan ia sebagai penghargaan kepada kumpulan terbabit yang bertugas di kawasan Jalan Othman Petaling Jaya diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.

“MBPJ menghargai barisan petugas hadapan yang menjaga keselamatan penduduk dan orang awam di kawasan ini,” katanya.

Sumbangan di bawah inisiatif Bank Makanan PJ diserahkan Datuk Bandar Petaling Jaya Dato’ Mohd Sayuthi Bakar kepada Ketua Polis Daerah Petaling, Asisten Komisioner Nik Ezamee Mohd Faisal dan Pengerusi Bencana Daerah Petaling, Johary Anuar.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha MBPJ, Sharipah Marhaini Syed Ali.


Pengarang :