AGENDANASIONAL

Memancing kolam himpun ramai orang, dilarang sepanjang PKPB

SHAH ALAM, 27 MEI: Aktiviti memancing di kolam adalah dilarang sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kata menteri kanan (keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia antara aktiviti yang menghimpunkan ramai individu dan terkandung dalam senarai larangan.

“Saya sudah sebutkan sebelum ini. Apa juga aktiviti seperti itu ia tidak dibenarkan.

“Memancing di kolam biasanya juga tidak terkecuali. Dalam hal ini, apa saja aktiviti perkumpulan ramai terletak di dalam senarai larangan PKPB,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Ismail Sabri berkata aktiviti tersebut tidak sama jika dibandingkan dengan memancing di tasik, sungai dan sawah kerana kawasan itu masih boleh mengamalkan penjarakan sosial.

Semalam, lebih 50 individu di kolam memancing di Jugra, Banting dan Kuala Kubu Bharu ditahan dan dikompaun selepas didapati ingkar PKPB.


Pengarang :