Pertemuan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar, Shah Alam pada 27 Mei 2020. Turut hadir EXCO kesihatan, Dr Siti Mariah Mahmud dan kakitangan kesihatan. Foto NAZIR KHAIRI/PEJABAT MB
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Menteri kesihatan jumpa MB bincang isu Covid-19

SHAH ALAM, 29 MEI: Dato’ Menteri Besar Selangor mengadakan pertemuan dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba bagi membincangkan usaha mencegah penularan Covid-19.

Setiausaha politik kepada Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pertemuan di Kediaman Rasmi Menteri Besar tengah hari semalam turut dihadiri EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud, kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri.

“Perbincangan adalah berkaitan usaha menangani penularan wabak Covid-19 di Selangor. Selain itu, perbincangan turut menyentuh kerjasama Kerajaan Negeri dan KKM dalam penyesuaian norma baharu pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” kata Borhan Aman Shah dalam kenyataan media.

Borhan yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjong Sepat menafikan sekeras-kerasnya, dakwaan bahawa terdapat pertemuan sulit di antara Dato’ Menteri Besar dengan Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Dato’ Seri Hamzah Zainudin.


Pengarang :