PBTSELANGOR

MPAJ wajibkan semua premis guna sistem SELangkah

SHAH ALAM, 10 MEI: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mewajibkan semua premis perniagaan di kawasan pentadbirannya melaksanakan penggunaan sistem SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat).

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan pelanggan perlu melakukan imbasan kod QR menggunakan sistem berkenaan bagi mengesan kontak sekiranya berlaku kes positif Covid-19.

“Pemilik premis perlu mendaftar di laman sesawang www.selangkah.my bagi mengesan punca kontak. Bersama kita mencegah penularan Covid-19,” tulisnya di Facebook.

Sejak diperkenalkan pada 4 Mei lalu, pengguna aplikasi SELangkah naik hampir dua kali ganda semalam apabila merekodkan 292,330 orang berbanding 148,432 kelmarin.

Kerajaan Negeri menggunakan konsep asas kawalan automatik bagi pendaftaran individu yang memasuki sesuatu premis dengan mudah dan pantas.

Melalui sistem itu pelangggan hanya perlu mengimbas kod QR menggunakan telefon pintar setiap kali masuk ke premis perniagaan, sebelum boleh selamat melangkah ke dalam premis tersebut.

Ia dapat membantu petugas barisan hadapan mencari pelanggan tersebut apabila terdapat individu positif Covid-19 yang melawat premis sama serentak.


Pengarang :