BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MPK belanja RM2.016 juta sokong Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor

SHAH ALAM, 19 MEI: Majlis Perbandaran Klang (MPK) membelanjakan RM2.016 juta bagi menyokong Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin untuk menangani kesan Covid-19 fasa pertama dan kedua.

Yang Dipertuanya Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata jumlah itu membabitkan pengecualian sewa premis, fi Notis E penggal 1/2020 dan pemotongan gaji.

“Pengecualian sewa bulan April bagi premis MPK berjumlah RM701,445 manakala pengecualian fi Notis E penggal 1/2020 bagi 65,320 pemegang harta berjumlah RM1.306 juta,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPK Bil.3/2020 di Dewan Raja Mahadi, Klang hari ini.

Beliau berkata sejumlah RM8,502 pula disalurkan ke Tabung Khas Bantuan Covid-19 melalui potongan gaji Mei dan Jun membabitkan 63 kakitangan bergred 44 hingga 54.


Pengarang :