PBTSELANGOR

MPS kutip RM41.28 juta cukai taksiran sehingga April

SHAH ALAM, 30 MEI: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menerima kutipan cukai taksiran RM41.28 juta setakat 30 April lalu iaitu sekitar 77.89 peratus daripada jumlah sepatutnya dikutip bernilai RM53 juta, kata yang dipertuanya.

Shamsul Sharil Badliza Mohd Noor berkata dari segi pecahan jumlah keseluruhan itu, tunggakan cukai taksiran berjaya dikutip sebanyak RM2.25 juta daripada jumlah tunggakan keseluruhan RM6.9 juta.

“MPS mengeluarkan 52,061 notis (Borang E) kepada pemilik yang masih mempunyai tunggakan cukai taksiran pada 1 Mac lalu.

“Bagaimanapun, keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 13/2020 bertarikh 8 April meluluskan cadangan pengecualian bayaran denda lewat cukai taksiran bagi penggal pertama tahun ini di bawah Pakej Rangsangan Selangor Prihatin #Covid19,” katanya dalam kenyataan.

Pemilik yang mahu menjelaskan tunggakan boleh berbuat demikian di kaunter bayaran cukai taksiran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.


Pengarang :