Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
PBTSELANGOR

MPS nafi iklan cari pekerja di Pasar Borong Selayang esok

SHAH ALAM, 7 MEI: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menasihati orang ramai tidak terpedaya dengan iklan palsu temu duga pengambilan pekerja di Pasar Borong Selayang di Dewan Sri Siantan Jalan Sungai Tua esok, kata pengarah Jabatan Korporatnya.

Mohamad Zin Masoad berkata iklan disebarkan pihak tidak bertanggungjawab melalui WhatsApp sedangkan MPS tidak ada meluluskan sebarang permohonan temu duga.

“Semakan nombor (telefon) yang disertakan dalam iklan didapati tidak aktif dan tidak dapat dihubungi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Temu duga yang didakwa bermula jam 2 hingga 5 petang menawarkan gaji RM70 untuk pekerja mengedalikan ikan manakala RM90 untuk pengendali sayur.

Beliau meminta orang ramai menghentikan penyebaran iklan tersebut agar tidak menimbulkan kesulitan kepada mereka yang mencari pekerjaan selain mengelirukan masyarakat.


Pengarang :